SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI GIMRAMA MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saturday, 26 August 2017

KL2017: Gimrama Berpasukan Negara Raih Emas


KUALA LUMPUR: Skuad gimrama negara membuka kempen Sukan SEA 2017 dengan penuh bergaya apabila meraih emas berpasukan wanita di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.
Malaysia muncul juara selepas trio gimnasnya - Koi Sie Yan, Izzah Azman dan Amy Kwan Dict Weng - jelas memikat juri dengan pergerakan kemas dan menarik untuk mengumpul keseluruhan 153.10 mata, jauh mengatasi Thailand 122.55 mata.
Pingat gangsa pula dimenangi juara bertahan Singapura yang mengumpul keseluruhan 116.30 mata dalam acara yang membabitkan empat disiplin iaitu riben, tali, belantan dan bola.
Lebih manis, kejayaan itu menamatkan penantian 10 tahun negara selepas kali terakhir menjuarai acara berpasukan wanita itu pada edisi 2007 di Korat, Thailand.
Ia secara tidak langsung menyaksikan kontinjen gimnastik negara berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran 10 pingat emas selepas lima emas disumbangkan skuad gimnastik artistik sebelum ini.
Gimnas negara berpeluang menambah pingat apabila tujuh lagi baki acara gimrama dipertandingkan esok dan Isnin.

No comments:

Post a Comment