SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI GIMRAMA MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 19 March 2015

KEJOHANAN GIMRAMA MSSM 2015 HARI KETIGA

Salam Sejahtera.

Bertemu lagi pada hari ketiga kejohanan. Hari ini acara yang dipertandingan adalah acara akhir Indivdual Apparatus bagi Kategori Pre Junior dan Junior serta pusingan awal bagi Latihan Berkumpulan (Group Exercise). Sebanyak 8 pingat dipertandingkan iaitu 4 pingat bagi Kategori Pre Junior dan 4 pingat bagi Kategori Junior.

Keputusan hari ini :

Junior Alatan Akhir
Pre Junior Alatan Akhir

Wednesday 18 March 2015

Kejohanan Gimrama MSSM 2015 Hari Kedua

Salam Sejahtera.

Bertemu kembali di hari kedua kejohanan. Pagi ini kejohanan akan bermula jam 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan adalah :

Kategori PreJunior  : Gelung dan Belantan
Kategori junior        : Bola dan Belantan

Sesi petang pula jam 2.30 petang latihan bagi Latihan Berkumpulan (Group Exercise) diadakan.

Keputusan pertandingan hari ini :

Pre Junior Team
Pre Junior Individual All Around
Junior Team
Junior Individual All Around


ALBUM KENANGAN HARI KEDUA KEJOHANAN





UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH KATEGORI SENIOR


Upacara penyampaian hadiah bagi Kategori Senior telah diadakan pada 18 Mac 2015 jam 1.00 tengah hari. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pn. Norhamimi Othman, Penyelaras Gimrama Bahagian Sukan, Pn. Marie Yong Pik Hua, PTPS Sabah, Pn. Rosinda Minhaj, PTPS Johor, Pn. Lina Cham Kee Lian, PTPS Sarawak dan Pn. Keoh Lay Khun, PTPS Selangor. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.






Tuesday 17 March 2015

Kejohanan Gimrama MSSM 2015 Hari Pertama

Salam Sejahtera

Bertemu kembali di hari pertama Kejohanan Gimrama MSSM 2015. Pertandingan hari ini merupakan Pertandingan 1 dan Pertandingan 11 untuk menentukan juara berpasukan dan Juara Keseluruhan Individu.

Acara yang dipertandingkan bagi Kategori Pre Junior adalah Latihan Tanpa Alat dan Tali. Seramai 18 orang gimnas dari 10 negeri bertanding dalam acara ini.

Bagi Kategori Junior pula seramai 13 orang gimnas bertanding dalam acara Tali dan Gelung.

Kategori Senior pula penyertaan seramai 7 orang akan mempersembahkan acara Gelung, Bola, Belantan dan Riben.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI INI 17 MAC 2015 

Pre Junior ( FH & Rope)
Junior ( Tali & Gelung)
Senior Individual All Around
Senior Individual Apparatus
Senior Team
Senior Medal Tally

AKSI GIMNAS SEMASA KEJOHANAN















Pengarah Bahagian Sukan, Datuk Marina Chin  beramah mesra bersama hakim yang bertugas. 



Puan Lucia Quek Sai Gearn, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan turut hadir menyaksikan Kejohanan Gimrama MSSM 2015

Monday 16 March 2015

KEJOHANAN GIMRAMA MSSM 2015

Salam Sejahtera,

Selamat bertemu kembali di Kejohanan Gimrama MSSM 2015

Kejohanan kali ini diadakan di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur dari 17 - 20 MAC 2015

Mesyuarat Pegurus Pasukan telah diadakan pada 16 Mac 2015 jam 10.00 pagi. Turut hadir adalah En Adnin dari Unit Sukan Kuala Lumpur