PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Peraturan 1 : PENGELOLAAN
Seluruh
pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis Sukan Sekolah
Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan kepada
mana-mana Majlis Sukan Sekolah Negeri atau satu Jawatankuasa Khas MSSM yang
dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.
Peraturan 2 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang
permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang
rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada
undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
Manakala bagi
peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang dicadangkan
oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh
Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.
Peraturan 3 : KELAYAKAN
3.1
Peserta
3.1.1
Kelayakan Am.
3.1.1.1 Murid
yang bersekolah sepenuh masa di sekolah rendah
dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain adalah layak menyertai pertandingan permainan
MSSM.
3.1.1.2
Penyertaan murid adalah tertakluk kepada had umur peserta (Peraturan 4).
3.1.1.3 Kejohanan peringkat MSSM hanya untuk
warganegara Malaysia. Murid yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan
mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja.
3.1.1.4 Murid yang berumur lebih daripada 18 tahun
tetapi kurang daripada 21 tahun boleh mengambil bahagian di peringkat sekolah,
daerah, dan negeri sahaja.
3.1.1.5 Kelayakan mewakili negeri adalah mengikut
daftar sekolah terkini seseorang murid
melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi permainan kebangsaan yang
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.1.6
Murid-murid yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua
pertandingan MSSM.
3.1.1.7 Murid-murid yang menerima surat tawaran kemasukan ke
Tingkatan Enam Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan
pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
3.1.2 Murid Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
3.1.2.1 Sekolah
swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud sekolah
yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan
bergabung serta membayar sumbangan penuh (mengikut enrolmen sekolah) dengan MSSN.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap Setiausaha Agung MSSN untuk membekalkan
satu senarai sekolah swasta yang bergabung dengan MSSN masing-masing kepada
Urus Setia MSSM pada atau sebelum 15 Februari setiap tahun pertandingan
dan senarai tersebut perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
3.1.2.2 Murid sekolah swasta perlu menunjukkan bukti
ia sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding
dalam kejohanan MSSM.
3.1.2.3 Murid yang hendak menyertai kejohanan MSSM
hendaklah didaftarkan di Institusi Pendidikan swasta selama 3 bulan sebelum
tarikh kejohanan dan hadir sekurang-
kurangnya 75% hari persekolahan.
3.1.2.4 Murid-murid sekolah swasta lepasan Tingkatan
Lima yang menyambung pelajaran secara berterusan seperti Senior Middle Three,
Sekolah Agama atau setaranya layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
3.1.2.5 Murid yang berdaftar dengan sekolah swasta
selepas mendapat keputusan peperiksaan
SPM Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai pertandingan permainan MSSM
dengan syarat murid ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi murid
Tingkatan 6 Bawah mengikut tarikh pendaftaran untuk murid Tingkatan 6 Bawah di
sekolah Kerajaan.
3.1.3 Murid Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan
Kebangsaan
3.1.3.1 Murid yang sedang belajar di Sekolah
Sukan Malaysia dan di Akademi Permainan
Kebangsaan hendaklah mewakili negeri asal tempat ia bersekolah (sekolah
terakhir) di dalam pertandingan MSSM.
3.1.3.2 Jika khidmat murid berkenaan tidak diperlukan
oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan mewakili negeri lain dengan syarat MSSN
berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada MSSN asal pemain.
3.1.3.3 Pemain yang mewakili MSSN lain tanpa mendapat
kebenaran daripada MSSN asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah
diambil terhadap MSSN yang bersalah oleh Urus Setia MSSM.
3.1.3.4 Murid yang memasuki semula sekolah harian dari
Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakil
negeri di mana sekolah terkini murid berkenaan sedang belajar. (Rujuk Peraturan
3.1.1.5)
3.1.3.5 Pelepasan murid Sekolah Sukan Malaysia
mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjadi tanggungjwab pegawai MSSN mengambil
dan menghantar balik serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.
3.1.4 Murid Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia
3.1.4.1
Murid Pra
Universiti di Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh mewakili MSSN dalam Kejohanan
MSSM.
3.1.4.2
Murid tersebut boleh
dipertimbangkan jika layak untuk mewakili MSSM dalam Kejohanan peringkat
sekolah-Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh MSSM.
3.2
Majlis
Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
MSSN adalah layak mengambil bahagian
dalam pertandingan permainan MSSM. Setiap
negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam
sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
Peraturan 4 : HAD
UMUR PESERTA
4.1
Had
umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
4.1.1 18 tahun dan ke bawah
4.1.2 15 tahun dan ke bawah
4.1.3 12 tahun dan ke bawah
4.1.4 Penyesuaian
kepada kumpulan umur yang lain dibenarkan jika permainan itu perlu mengikut
Peraturan Pertandingan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Antarabangsa. MSSM juga boleh mengelola pertandingan mengikut kriteria
lain untuk sesuatu kejohanan
4.2 Kiraan umur
adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
4.3 Bagi
peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang
disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
4.4 Seseorang
peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi
satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
4.5 Semua
peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang peserta yang hilang
kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari
Jabatan Pendaftaran Negara.
4.6 Semua
peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran /
MyKid yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
sekolah peserta berkenaan.
4.7 Semua
peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R01 / M01)
secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad
pengenalan / sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar /
Penolong Kanan Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh
Pengurus Pasukan serta Setiausaha Agung MSSN masing-masing.
Peraturan 5 : PENDAFTARAN
5.1
Setiap
MSSN hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta sebagaimana yang
telah ditetapkan (
Rujuk Lampiran A )
5.2 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan
hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai wanita.
5.3 Pendaftaran
pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran
tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung MSSN
dengan cop rasmi.
5.4 Jawatankuasa
Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa Mesyuarat Pengurus
Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R01, M01) serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran B).
Peraturan 6 : PENGADIL
/ HAKIM
6.1
Setiap
MSSN dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri daripada
pegawai yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana
bilangan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran A)
6.1.1 Sekiranya MSSN yang mengelolakan
pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu
daripada Urus Setia MSSM .
6.2
Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan yang
bersesuaian kepada Pengadil/Hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan
MSSM.
6.3
Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh Urus Setia
MSSM manakala tuntutan perjalanan dan makan pengadil/hakim ke tempat
pertandingan akan ditanggung oleh MSSN.
Peraturan 7 : PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSSN
7.1
Semua MSSN dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Sukan MSSN / Wakil
masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik Permainan berkenaan yang diadakan
sebelum Kejohanan Permainan MSSM walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut.
7.2
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah
menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan mesyuarat.
Peraturan 8 : PEGAWAI
PASUKAN
8.1
Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada
pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran.
Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan
daripada pegawai perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih (pegawai luar),
mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang
pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut
hanya bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar
permainan.
8.2
Semua pegawai pasukan (Ketua Kontinjen, Pengurus Pasukan
dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara
dan mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian
dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan tindak-tanduk serta
tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
8.3
Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN hendaklah hadir dan
memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola terutama dalam majlis rasmi
kejohanan seperti pembukaan rasmi,
taklimat kejohanan, jamuan rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan majlis
penyampaian hadiah sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.4
Pengurus / Pegawai Pasukan MSSN adalah bertanggungjawab
dengan tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat dan mengaturkan perjalanan
pasukan pada waktu siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta
kerosakan semasa menginap di tempat penginapan.
Peraturan 9 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA
Selain daripada
kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa
Pengelola adalah seperti berikut :
9.1
Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah
berbincang dengan Setiausaha Agung MSSM. Sebolehnya kejohanan hendaklah diadakan semasa
cuti penggal persekolahan.
9.2
Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan.
9.3
Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan
seperti padang, gelanggang, tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan
dan lain-lain yang berkaitan dan memberitahu kepada semua negeri nama dan jenis
alatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan dimulakan.
9.4
Jawatankuasa Pengelola tidak mengenakan sebarang deposit
bayaran penginapan dan segala kerosakan akan dituntut oleh Jawatankuasa Pengelola
kepada negeri yang disahkan atau terbukti melakukan kerosakan tersebut.
9.5
Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSN hadir untuk
menyaksikan cabutan undi.
9.6 Menjemput Ketua
Unit MSSM atau Penyelaras Permainan MSSM dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Sukan MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan Teknikal serta
mengendalikan proses cabutan undi.
9.7
Mengedarkan
notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat kepada :-
9.7.1 Setiausaha Agung MSSM
9.7.2
Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM
9.7.3 Penyelaras Permainan MSSM yang
berkenaan.
9.7.4
Pengerusi Teknik Permainan MSSM yang berkenaan.
9.8 Mengedarkan segala surat pekeliling dan
keputusan rasmi kepada :-
9.8.1 Setiausaha Agung MSSM ( 3 salinan
)
9.8.2
Setiausaha Agung MSSN
( 3 salinan )
9.8.3
Yang DiPertua MSSN
( 1 salinan )
9.8.4
Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM ( 1 salinan )
9.8.5
Penyelaras Permainan MSSM berkenaan ( 1 salinan )
9.8.6
Pengerusi Teknik Permainan berkenaan ( 1 salinan )
9.9
Segala
Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia MSSM secara
bertulis atau lisan melalui Penyelaras Permainan sebaik kejohanan tamat atau
sehari selepas kejohanan untuk makluman urusetia MSSM.
9.10
Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan
hendaklah dihantar secara rasmi menggunakan
format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.
Peraturan 10 : SISTEM
PERTANDINGAN
Sistem
pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-
10.1
Cara
Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
10.1.1
Pusingan
Pertama
10.1.1.1
Sekiranya
12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4
kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
10.1.1.2
Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib
Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan
lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi
mengikut undang-undang permainan berkenaan.
10.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan
(seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
10.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
10.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2
dalam setiap kumpulan akan masuk
ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
10.1.2.2
Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
10.1.2.2.1. Undian
bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan
akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.
10.1.2.2.2.
Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulan untuk
ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama Kumpulannya
telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang
Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
10.1.2.2.3. Pasukan-pasukan
yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
10.2. Cara Liga
Tiga Kumpulan
10.2.1 Pusingan Pertama
10.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian,
maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
10.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan
B - Naib
Johan tahun lalu
Kumpulan
C - Tempat
Ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan
lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.
10.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded)
tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
10.2.2 Pusingan Kedua
10.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan
akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
10.2.2.2.
Undian akan dibuat selepas sahaja tamat
pusingan pertama.
10.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2
ditempatkan ke kumpulan Y.
10.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan
ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.
10.2.3 Pusingan Separuh Akhir
10.2.3.1 Johan
Kumpulan X akan melawan Naib Johan
Kumpulan
Y dan Johan Kumpulan Y akan melawan Naib Johan Kumpulan
X.
10.2.3.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah
mati.
10.2.4 Pusingan Akhir
Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir
akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara
pasukan-pasukan yang kalah (bagi sukan tertentu sahaja) akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.
10.3. Cara Liga 2
kumpulan.
10.3.1 Pusingan Pertama
10.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil
bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
10.3.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan
A dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
10.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2
kumpulan dengan cabutan undi.
10.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak
mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.
10.3.2 Pusingan kedua
10.3.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan
B dan Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
10.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah
mati.
10.3.3 Pusingan Akhr
10.3.3.1 Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B
akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan
dan Naib Johan
10.3.3.2
Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga
dan keempat.
10.4. Cara Liga Satu Kumpulan
10.4.1 Sekiranya
empat hingga lima pasukan mengambil bahagian,
pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan
yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.
10.4.2
Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang
mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan.
Peraturan 11 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
11.1. Pasukan/Peserta
yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan
tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan
tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.
11.2. Sekiranya
ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta
itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut
tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan
diambil ke atas pasukan yang berkenaan.
Peraturan 12 : BANTAHAN
12.1.
Segala
bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.
12.2.
Segala
masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu
perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah
bantahan (under protest) dan perkara
tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
12.3.
Bantahan
berhubung dengan permainan dalam acara-acara
yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat
daripada :
12.3.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi
acara pusingan awal
12.3.2 Tiga
puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir.
Walau bagaimanapun tempoh penyerahan
dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan
berkenaan.
12.4. Semua
bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi acara
individu sebanyak RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan
RM300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan tidak berasas.
12.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat
secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah
muktamad.
12.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan
bersidang terdiri daripada:
12.6.1 Setiausaha Agung MSSN Pengelola
12.6.2 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
12.6.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
12.6.4 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSN Pengelola
12.6.5
3 orang Pengurus Pasukan MSSN yang berdaftar
dan tidak terlibat dengan bantahan/kes tersebut.
Peraturan
13 : JURI
RAYUAN
13.1.
Juri
Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum)
melainkan bagi Balapan dan Padang (Olahraga) dan Akuatik.
13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
13.1.2 Penyelaras Permainan MSSM
13.1.4 5
orang Pengurus Pasukan MSSN yang berdaftar yang tidak terlibat dalam
Jawatankuasa Bantahan
13.1.5 Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio
13.2
Juri Rayuan bertanggungjawab untuk
13.2.1 Mengambil
tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai kejohanan yang berkenaan
bagi semua perkara kejohanan dijalankan seperti berikut:
13.2.1.1
Memberi
amaran
13.2.1.2
Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu
13.2.1.3
Menyingkirkan
daripada keseluruhan kejohanan
13.2.1.4
Mengarahkan
pemain dihantar pulang
13.2.1.5
Menghantar
laporan kepada MSSN berkenaan supaya mengambil
tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai
oleh Persatuan Sukan Kebangsaan.
13.2.2 Bertanggungjawab membuat pelaporan
mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan
seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas
tamat kejohanan dengan membuat cadangan yang wajar untuk tindakan selanjutnya.
13.2.3 Pasukan, pegawai atau peserta yang
digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM kerana dikenakan tindakan
tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan yang berkenaan.
13.3
Keputusan
Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan
termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.
Peraturan
14 : LEMBAGA
TATATERTIB
14.1.
Lembaga
ini terdiri daripada
14.1.1 Pengarah BS (Setiausaha Agung MSSM) atau
wakilnya
14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik &
Pembangunan MSSM atau wakilnya.
14.1.3 Yang DiPertua MSSN Pengelola
atau wakilnya.
3 orang Setiausaha Agung MSSN yang tidak terlibat dengan
kes tersebut.
14.1.4 Setiausaha Jawatan Kuasa Pengelola – Ex-Officio.
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan
Juri Rayuan dan membuat keputusan untuk
mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.
Peraturan 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
15.1. Semua
pegawai dan peserta pasukan MSSN yang menyertai pertandingan permainan MSSM
hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri
15.1.1 Majlis Pembukaan Rasmi
15.1.2 Jamuan Rasmi
15.1.3 Taklimat dan mesyuarat
15.1.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian
hadiah.
15.2
Jika terdapat MSSN yang tidak mematuhi peraturan ini
tanpa sebab munasabah, tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urus setia
MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan diambil terhadap
pengurusan pasukan.
Peraturan 16 : KESELAMATAN
16.1. Semua pegawai dan peserta MSSN yang
menyertai kejohanan MSSM hendaklah dilindungi insurans.
16.2. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan,
kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang
kecederaan lain berlaku.
16.2 Jawatankuasa Pengelola sentiasa memberikan segala penerangan dan
akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan
sepanjang masa kejohanan tesebut.
16.1.1.
Semasa perjalanan pergi dan balik
16.1.2.
Semasa
kejohanan dijalankan
16.1.3.
Di
dalam dan di luar kawasan venue
16.1.4.
Di
tempat-tempat penginapan
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan
akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
16.3. Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh
diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan
kejohanan yang diadakan.
Peraturan
17 : PENYALAHGUNAAN DADAH
17.1
Penggunaan
dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah merbahaya adalah
diharamkan.
Peraturan 18 : KENYATAAN
AKHBAR
18.1 Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan
MSSM dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak
kecuali dengan kebenaran.
18.2
Kenyataan
akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.
Peraturan 19 : PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA
PENGELOLA
19.1. Semua
peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca secara bersama.
Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut
hendaklah juga dipatuhi.
19.2. Semua
perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan
dan keputusannya adalah muktamad.
Lampiran Bersama Peraturan Am MSSM
Lampiran A: Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSS
Negeri
(Bilangan
pengadil untuk Acara Merentas Desa Rujuk lampiran berkenaan)
Lampiran B: Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama
Borang R 01 & M 01
(
Perkara 1.4) Rujuk lampiran berkenaan
Lampiran B
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ATLET PERLU DISERAH BERSAMA
BORANG R 01 DAN M 01
(Peserta tidak
layak mengambil bahagian dalam Kejohanan MSSM sekiranya Borang R01 / M 01 tidak
lengkap maklumatnya selepas tamatnya Mesyuarat Pengurus Pasukan )
1.
SEKOLAH HARIAN
1.1 Murid Sekolah Rendah
(Pemain berumur 12 tahun dan ke
bawah)
1.1.1 Salinan sijil kelahiran yang telah disahkan oleh Guru Besar atau
Penolong Kanan sekolah berkenaan
1.2
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
1.2.1 Kad pengenalan asal, atau
1.2.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan Pendaftaran
Negara
1.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
1.3.1
Kad
pengenalan asal, atau
1.3.2
Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan
Pendaftaran Negara.
DAN
1.3.3 Salinan surat
tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
1.3.4
Salinan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah
serta salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Bawah (sekiranya
murid Tingkatan Enam Atas masih layak) yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
2.
SEKOLAH SWASTA / AGENSI KERAJAAN LAIN
2.1 Murid Sekolah Rendah
(Pemain berumur 12 tahun dan ke
bawah)
2.1.1 Salinan surat gabungan dengan MSSN
berkenaan
DAN
2.1.2 Salinan
sijil kelahiran yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar atau Penolong
Kanan sekolah berkenaan
2.2 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
2.2.1
Salinan surat gabungan dengan MSSN berkenaan
DAN
2.2.2
Kad pengenalan asal, atau
2.2.3
Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan
Pendaftaran Negara.
2.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
2.3.1
Salinan surat gabungan dengan MSSN berkenaan
DAN
2.3.2 Kad
pengenalan asal, atau Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan
Pendaftaran Negara
DAN
2.3.3 Salinan surat
pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
2.3.4
Salinan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah
serta salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Bawah (sekiranya
murid Tingkatan Enam Atas masih layak) yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
3.
SEKOLAH
SUKAN MALAYSIA / AKADEMI PERMAINAN KEBANGSAAN
Surat pengesahan pelepasan daripada
Sekolah Sukan Malaysia / Akademi
Permainan Kebangsaan untuk pelajar mewakili MSSN.
3.1 Murid Sekolah
Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan
ke bawah)
3.1.1 Salinan sijil kelahiran yang telah disahkan oleh Guru Besar atau
Penolong Kanan sekolah berkenaan
3.2 Murid
Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan
ke bawah)
3.2.1 Kad pengenalan asal, atau
3.2.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan Pendaftaran
Negara.
3.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
3.3.1
Kad pengenalan asal, atau
3.3.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan Pendaftaran
Negara
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan
Majlis Sukan Sekolah Malaysia
Lampiran B:
Peraturan Am MSSM
No comments:
Post a Comment